Nature Hunt 4

Published at 22:14 in , ,

NAMA KELAB : KELAB PENCINTA ALAM
TEMPAT          : TAMAN ALAM & KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN, KUALA
                            SELANGOR

TARIKH           : 9 JULAI 2011


OBJEKTIF
  • Melawat sambil belajar.
  • Meningkatkan kefahaman, kepekaan dan kemahiran intelek pelajar.
  • Menambah keyakinan pelajar dalam kemahiran memimpin (leadership skill) khususnya pertandingan berkumpulan.
  • Melahirkan murid-murid yang peka  dan prihatin terhadap alam dan persekitaran dan menghargai masa.
  • Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan ekologi paya bakau dalam kepelbagaian biodiversiti yang menyumbang kepada ekonomi dan kehidupan manusia khususnya nelayan di Kuala Selangor dan kawasan sekitarnya.
  • Mewujudkan perkongsian ilmu  di antara ahli Kelab Pencinta Alam dan Taman Alam, Kuala Selangor iaitu salah satu pusat pendidikan luar di bawah MNS.
AKTIVITI
  •  Merentas hutan paya bakau berorientasikan race against time di Taman Alam, Kuala Selangor.
  •  Melawat tinggalan sejarah di Bukit Melawati, Kuala Selangor.
  • Menyaksikan Kelip-Kelip Kampung Kuantan pada waktu malam.
Merentas hutan paya bakau Taman Alam, Kuala Selangor
yang menjadi kawasan penting penghijrahan burung.

Salah satu aktiviti adalah jigsaw puzzle.

Setiap kumpulan menerima hadiah yang terdiri antaranya seperti
buku, poster, pelekat kereta dan poskad.

Menyaksikan tinggalan sejarah di Bukit Melawati
berdekatan Taman Alam, Kuala Selangor.

Menanti giliran menaiki bot bagi melihat hidupan khususnya Kelip-Kelip
di sepanjang Sungai Selangor.

Jangan lupa, jaket keselamatan!

Taman Alam, Kuala Selangor dalam kenangan.

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details