Program Pendidikan Ekologi Marin

Published at 20:14 in , ,

NAMA KELAB : KELAB PENCINTA ALAM
TEMPAT          : KERTEH & DUNGUN, TERENGGANU
TARIKH           : 31 MEI 2011 – 3 JUN 2011


OBJEKTIF
  • Melawat sambil belajar.
  • Meningkatkan kefahaman, kepekaan dan kemahiran intelek pelajar.
  • Menambah keyakinan pelajar dalam kemahiran memimpin (leadership skill) khususnya pertandingan berkumpulan.
  • Melahirkan murid-murid yang peka  dan prihatin terhadap alam dan persekitaran dan menghargai masa.
  • Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan ekologi marin dalam kepelbagaian biodiversiti khususnya penyu di Kerteh, Terengganu.
  • Mewujudkan perkongsian ilmu  di antara ahli Kelab Pencinta Alam dan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.
AKTIVITI
  •  Lawatan ke Galeri Biodiversiti Akuatik, Setiu, Terengganu.
  •  Merentas denai di Hutan Bandar Bukit Bauk, Dungun, Terengganu.
  • Penyemaian pokok bakau di pesisir Sungai Kerteh, Terengganu.
  • Aktiviti pemulihan dan pemeliharaan penyu di Pusat Sentuari Penyu Ma’ Daerah, Kemaman, Terengganu.
  • Pengujian kualiti air di Hutan Lipur Air Menderu, Kerteh, Terengganu.
Pelajar melihat rangka ikan paus sepanjang lebih 30 meter yang
dipamerkan di Galeri Biodiversiti Akuatik, Setiu, Terengganu.

Pelajar mendengar taklimat mengenai spesis kayu, herba dan pohon renek
yang terdapat di Hutan Bandar Bukit Bauk, Dungun, Terengganu
dari ranger yang bertugas.

Pelajar mencari anak pokok bakau untuk tujuan penyemaian.

Kumpulan pelajar dan guru bersama sukarelawan EcoCare dan Optimal,
badan yang terlibat menjayakan program penyemaian pokok bakau di
Sungai Kerteh, Terengganu.

Pelajar membina replika penyu bagi memupuk rasa cinta terhadap spesis
 laut berkenaan.

Pelajar bermain permainan bagi merasai susah payah kehidupan penyu
di Pusat Sentuari Penyu Ma' Daerah, Kemaman, Terengganu.

Pelajar menjalankan ujian kualiti air di
Hutan Lipur Air Menderu, Kerteh, Terengganu.


*Atas faktor keselamatan, Pusat Sentuari Penyu Ma' Daerah, Kemaman, Terengganu tidak membenarkan sebarang imej, lakaran atau apa bentuk aktiviti berkaitan penyu dipaparkan di mana-mana laman web.

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details